Tentang KiraKaun

Kira + Akaun = KiraKaun

Nama ini gabungan dua perkataan Melayu: "Kira" (mengira) dan "Akaun". Misi kami mudah — jadikan kerja perakaunan harian semudah upload, untuk firma yang melayan perniagaan Malaysia.

KiraKaun
Siapa kami layan

Dibina untuk firma akaun, audit & setiausaha syarikat

Pengguna kami ialah profesional yang menguruskan akaun untuk ramai syarikat client. Itulah sebabnya KiraKaun dibina sebagai sistem multi-syarikat dengan kawalan akses peringkat tindakan, mod juruaudit & jejak audit kalis-usik — bukan sekadar perisian buku tunai.

Pembeza utama: AI baca & kelaskan transaksi secara automatik ikut prinsip MPERS, jadi pasukan anda habiskan masa menyemak, bukan menaip.

42
modul bersepadu
syarikat client / firma
2
bahasa (BM & EN)
MPERS
& Akta Syarikat 2016
Nilai kami

Mesra, dipercayai & jelas

Mesra & dipercayai

Bahasa harian yang tepat dan boleh dipercayai dengan duit pengguna — tanpa jargon mengelirukan.

Pintar tapi merendah

AI yang bijak tetapi jujur. Bila tak pasti, ia tanya — keyakinan, bukan tekaan.

Ringkas & jelas

Tunjuk yang penting dahulu. Sedia audit, tanpa kerumitan.

Jom mula dengan KiraKaun.

Daftar firma anda dan aktifkan langganan dalam beberapa minit.